Monday, March 21, 2011

Blood Donation



Salam semua...


Hari ini kat opis ade derma darah.So aku & beberape opismate g derma darah...


Actually this is my third time derma darah..hehehehe..450 ml darah jenis B yg aku derma kan. Semoga dapat bantu org yg memerlukan darah tu nanti...


Lepas derma darah td,aku jd kelaparan...so nye aku banyak mkn...alamat nye naik la berat aku time timbang hr rabu nanti..



Kat sini ade beberape info psl derma darah..


Menderma darah

Apakah yang anda perlu tahu ?


Kepentingan menderma darah


Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :



  • Mangsa kemalangan

  • Pesakit yang menjalani pembedahan

  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)

  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia

  • Ibu yang mengalami tumpahan darah

Anda layak menderma sekiranya



  1. Berumur 18 tahun ke atas

  2. Berat badan 45 kg dan ke atas

  3. Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma

  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah

  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas

  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas

  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas

  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas

  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas

  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun

  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas

  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas

  • Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C

PENTING !!!


Anda DILARANG menderma darah sekiranya :


Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :



  • Menggunakan dadah secara suntikan

  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks

  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri

  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas

  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS

Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :



  1. Menghidapi penyakit-penyakit seperti :

  • Sifilis

  • Malaria

  • Sakit jantung


  1. Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit

  2. Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah

  3. Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak

  4. Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja



Oleh itu...


mendermalah sekarang semasa anda sihat dan berkelayakan


tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa seseirang dan nyawa anda

2 comments:

adalova said...

aku tak layak dulu sebab kekurangan zat besi lak. pastu nurse suruh makan hati banyak tapi kan makan hati tak bagus utk kesihatan. confius tak? haha

zura said...

agak konfius gaks la...hahahahaha